suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Min Ho Derma RM170,000 Bantu Mangsa Dera

Lee Min Ho bermurah hati menderma RM170,000 bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

PELAKON Lee Min Ho mendermakan wang tunai sebanyak RM170,000 kepada sebuah badan kebajikan bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Koreaboo melaporkan perkara itu didedahkan oleh sebuah organisasi iaitu Good Neighbors yang terharu dengan kesudian pelakon terkenal membantu mangsa terlibat.

Wang itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan selain menanggung bil perubatan termasuk rawatan terapi untuk mangsa.

Berita tentang kemurahan hati Min Ho bukan sesuatu baharu kerana pelakon itu sering terlibat dalam aktiviti amal selain menderma kepada beberapa badan kebajikan yang lain.

Lee Min Ho

Artikel Lain