suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Highlight' Nama Baharu Kumpulan Beast

Kumpulan Beast kini dikenali dengan nama Highlight.
KUMPULAN Beast bakal menggunakan nama baharu bagi membuat kemunculan semula dalam industri muzik.

Koreaboo melaporkan mereka mengambil keputusan untuk menukar nama kumpulan itu selepas enggan lagi memanjangkan perbalahan dengan bekas syarikat pengurusan mereka iaitu Cube Entertainment.

Mereka gagal mendapatkan kebenaran untuk terus kekal dengan nama Beast selepas bertindak keluar daripada pengurusan syarikat itu.

Pelbagai perbalahan dan pertikaian berlaku di antara kedua-dua belah pihak berhubung isu itu.

Cube Entertainment pula dalam satu kenyataan memberitahu akan melancarkan semula kumpulan itu dengan menampilkan ahli baharu.

Ahli kumpulan itu, Doojoon, Junhyung, Kikwang dan Dongwoon kini mempromosikan diri mereka dengan nama Highlight.

Nama baharu itu diumumkan oleh syarikat pengurusan baharu mereka iaitu Around Us Entertainment baru-baru ini.

Beast, Highlight

Artikel Berikut

Artikel Lain