suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigi Emas Kendall Jenner Jadi Perhatian

MODEL Kendall Jenner dilaporkan menggunakan gigi emas bagi melengkapi penampilannya pada acara London Fashion Week baru-baru ini.

Wanita berusia 21 tahun itu tampil unik dan menarik perhatian pengujung pada acara berkenaan.

Dia menggayakan gaun berwarna krim dan kasut hitam dengan gincu bibir berwarna merah lebih menyerlahkan gigi emas yang berada di bahagian kiri giginya.

Foto model Victoria's Secret itu turut dimuat naik oleh rakan baiknya Gigi Hadid di laman Instagram.

Rata-rata pengikut Gigi Hadid tertarik dan tertanya tentang keaslian emas pada gigi Kendall itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berhibur ke kelab malam Cirque Le Sior selepas selesai persembahan fesyen.

Kendall Jenner

Artikel Lain