Konflik Penggunaan Nama Beast Belum Selesai - Bintang Global | mStar

Konflik Penggunaan Nama Beast Belum Selesai

KETUA kumpulan Beast iaitu Yoo Doo Cs memberitahu konflik penggunaan nama Beast selepas mereka mengambil keputusan keluar daripada Cube Entertainment masih belum selesai.

Ketika ditanya dalam sebuah program, dia enggan mengulas berhubung soal hak milik nama itu berikutan ia merupakan isu sensitif yang masih dalam proses perbincangan.

Kumpulan yang ditubuhkan oleh agensi Cube Entertainment itu tekad untuk keluar daripada pengurusan tersebut untuk bergerak sendiri pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Yoo Doo berkata, dia dan ahli yang lain tidak menyesal membuat keputusan berkenaan.

"Kami tidak pernah menyesal kerana selepas keluar dari agensi tersebut banyak tawaran dan uji bakat yang kami telah lakukan.

"Setakat ini tiada masalah untuk kami bergerak sendiri," ujarnya.

Kumpulan ini dianggotai oleh Doo Joon, Gikwang, Yoseob, Junhyung, dan Dongwoon.

Beast

Artikel Sebelum

Baim Wong Tayang Kekasih

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kabinet akan dirombak