suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yein (Lovelyz) Cedera Buku Lali

Jung Yein

ANGGOTA kumpulan Lovelyz iaitu Jung Yein terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan buku lali semasa menjalani latihan untuk persembahan kemunculan semula kumpulan berkenaan.

Portal Koreaboo melaporkan bahawa Yein berkemungkinan tidak akan dapat mengambil bahagian dalam promosi album penuh Lovelyz yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa syarikat rakaman Woolim Entertainment masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Lovelyz dijadual membuat kemunculan semula mereka pada 27 Februari ini dengan album kedua berjudul R U READY?.

Lovelyz, Jung Yein

Artikel Sebelum

Artikel Lain