suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Go Eun Padam Foto Selepas Imejnya Dikatakan Buruk

AKTRES Kim Go Eun mengambil keputusan memadam gambar swafoto yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini selepas mendapat komen negatif pengikutnya.

Seperti dipetik Allkpop, foto berkenaan diambil ketika dia sedang berbaring di atas buaian tanpa sebarang solekan dan dandanan rambut.

Netizen menulis komen negatif yang berpendapat penampilannya terlalu buruk dan tidak kelihatan seperti seorang selebriti terkenal.

Gambar yang dipadam selepas dikritik buruk oleh netizen.

Dia kemudian memadam foto berkenaan selepas beberapa jam ia dimuat naik di laman sosial tersebut.

Artis yang terkenal menerusi filem Muse itu baharu sahaja membuka akaun Instagram peribadinya dua minggu lalu dan kini sudah mempunyai seramai 381,000 pengikut.

Sehingga kini, Kim Go Eun baharu sahaja memuat naik tiga keping foto di laman gambar berkenaan.

Kim Go Eun

Artikel Lain