suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lady Gaga Terjun Dari Bumbung Stadium Pada Acara 'Super Bowl'

Persembahan bertenaga Lady Gaga mendapat pujian peminat apabila penyanyi itu bertindak berani terjun daripada aras bumbung stadium untuk ke pentas utama. Foto REUTERS
JIKA bercakap mengenai Lady Gaga, penyanyi berkenaan sering dikaitkan dengan penampilan pelik apabila tampil mengadakan persembahan pentas.

Bagaimanapun kemunculan penyanyi berusia 30 tahun itu pada acara Super Bowl pada malam Ahad lalu benar-benar mengejutkan penonton.

Gaga bertindak terjun dari aras bumbung Stadium NRG Houston, Texas sejurus selesai menyanyikan dua lagu pembukaannya iaitu God Bless America dan This Land Is Your Land untuk ke pentas utama.

Tidak kelihatan gementar, Gaga mendarat di atas pelantar sebelum meneruskan persembahannya menerusi lagu seperti Just Dance, The Edge of Glory dan Poker Face.

Gaga mengadakan persembahan selama 15 minit pada acara itu.

Persembahan bertenaga selama 15 minit ditunjukkan mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang memenuhi ruang stadium.

"Kami di sini untuk membuat anda gembira," kata Gaga pada peminatnya secara ringkas.

Antara lagu lain yang turut dipersembahkan adalah seperti Million Reasons, Telephone dan Bad Romance.

Sementara itu, Gaga turut mengumumkan konsert jelajah dunianya iaitu Joanne sejurus selepas acara itu selesai.

Lady Gaga, Super Bowl

Artikel Lain