suria

Ravi (VIXX) Dedah Jadi Perhatian Selebriti Wanita

Ravi mendedahkan dia kini menjadi perhatian selebriti wanita.

ANGGOTA kumpulan VIXX iaitu Ravi mendedahkan dia mula menjadi perhatian artis wanita sejak muncul dengan persembahan tidak berbaju pada sebuah program baru-baru ini.

Ravi memberitahu dia mendapat panggilan daripada beberapa selebriti wanita yang ingin berdampingan dengannya dan menganggap ia menarik pernah berlaku pada dirinya.

"Saya mendapat panggilan daripada beberapa artis wanita menerusi pengurusan saya yang berminat dengan saya.

"Ia sesuatu yang menarik sejak saya tampil dengan persembahan tidak berbaju sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Pada persembahan itu, Ravi bukan sahaja mendapat perhatian golongan selebriti malah peminat yang kagum dengan bentuk tubuh penyanyi itu yang sasa.

Malah beberapa rakan artis lelaki lain turut mengakui cemburu dengan bentuk tubuhnya dan menyifatkan ia sebagai impian setiap lelaki.

Penyanyi itu kini tampil dengan album solo dan semakin mendapat perhatian berbanding penampilannya bersama VIXX.

Ravi, VIXX

Artikel Lain