suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Seo In Young Guna Kata Kesat Tersebar

Seo In Young digesa tampil memohon maaf selepas video yang memperlihatkan dia menggunakan kata kesat terhadap seorang krew tersebar di internet.

PENYANYI Seo In Young bertindak memadam semua akaun media sosial miliknya selepas rakaman video dia menggunakan kata-kata kesat ketika berbual menerusi telefon tersebar luas di internet.

The Korea Times melaporkan tindakannya itu telah menyebabkan dia menjadi sasaran netizen yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai melampaui batas dan biadap.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, In Young dikatakan memaki hamun seorang pekerja krew program With You ketika mereka berada di Dubai.

In Young berada di negara berkenaan bagi menjalani penggambaran program realiti itu bersama penyanyi rap Crown J.

Dalam pada itu, salah seorang krew produksi program berkenaan mengaku menyebarkan video berkenaan di internet.

Malah individu berkenaan turut memberitahu In Young bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga biadap, degil dan banyak menimbulkan masalah di set penggambaran.

Sementara itu, agensi Star Empire memohon maaf atas perbuatan In Young namun peminat berharap penyanyi itu sendiri berbuat demikian.

Seo In Young, With You

Artikel Lain