suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Goo Hara Nafi Berpacaran Dengan G-Dragon

PENYANYI Goo Hara menafikan khabar angin yang mendakwa dia kini sedang berpacaran dengan G-Dragon.

Khabar angin itu muncul selepas beberapa gambar menunjukkan Goo Hara, G-Dragon, Sulli, dan Ga In sedang bergembira di taman tema Lotte World baru-baru ini.

Dakwaan itu juga dibuat netizen selepas mengambil kira bahawa Sulli dan Ga In masing-masing sedang menjalani hubungan istimewa.


Kelibat G-Dragon bersama Goo Hara ketika berada di Lotte World seperti yang disiarkan portal soompi.com.

Berdasarkan gambar yang disiarkan, G-Dragon yang merupakan anggota kumpulan Big Bang itu dilihat memakai jaket jeans dengan topi hitam dan topeng.

Bagaimanapun satu sumber daripada agensi Goo Hara iaitu KeyEast berkata: "Goo Hara ke Lotte World dengan G-Dragon, Sulli, dan Ga In kerana kesemua mereka adalah kawan rapat.

"Khabar angin mereka sedang berpacaran adalah tidak benar."

Goo Hara, G-Dragon, Kpop

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain