suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Stone Pernah Alami Penyakit Mental

Emma Stone pernah mengalami penyakit mental pada usianya lapan tahun. Foto ROLLING STONE

AKTRES Emma Stone yang kini mendapat jolokan American Sweetheart pernah mengalami penyakit mental pada usianya lapan tahun.

Emma atau Emily Jean Stone, 28, mengalami gejala panik berlebihan mengakibatkan dia menjadi takut dengan persekitarannya dan sentiasa menyendiri.

Ibu-bapa membawa pelakon ini mendapatkan rawatan terapi agar dia mampu mengendalikan rasa takut dalam dirinya.

Kemudian, dia dihantar ke kelas teater dan mula terdedah dengan dunia lakonan seawal usia 11 tahun.

Emma sebagai Mia dalam La La Land.

Ibu-bapa menyokong keinginan Emma untuk meneruskan dunia lakonan dan teater sehingga dia berubah menjadi seorang wanita yang berani berekspresi.

Dia kemudian berusaha menghadiri pelbagai uji bakat lakonan sehingga berjaya dipilih membintangi filem pertama berjudul Superbad.

Bakatnya semakin hari semakin menyerlah dan mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem Hollywood.

Pencapaian filem terbaharunya iaitu La La Land juga membuktikan bakat lakonannya yang tidak boleh dinafikan apabila memenangi dua anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes dan SAG Awards 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

Selain itu, namanya juga disebut-sebut bakal membawa pulang trofi berprestij di Anugerah Oskar 2017 yang bakal berlangsung 26 Februari ini.

Emma Stone

Artikel Lain