suria

Drew Barrymore Belum Sedia Untuk Bercinta

Drew mahu berehat daripada bercinta.

PELAKON cantik Drew Barrymore, 41, mendedahkan dirinya belum bersedia untuk bercinta lagi selepas bercerai dengan suaminya Will Kopelman tahun lalu.

Drew yang muncul dalam acara SiriusXM's Town Hall  itu berkata, dia ingin berehat sejenak daripada sebarang hubungan asmara.

Drew dan Will berpisah tahun lalu.

"Tidak, saya tidak mendekati mana-mana lelaki buat masa ini. Saya belum sedia dan mahu berehat dahulu," ujarnya.

Drew dan Will berkahwin pada tahun 2012 dan berpisah pada April tahun lalu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Olive (4) dan Frankie (3). 

Sebelum itu, Drew juga pernah berkahwin dengan Jeremy Thomas dan Tom Green, yang semuanya berakhir dengan perceraian.



Drew Barrymore

Artikel Lain