Shah Rukh Khan Promosi 'Raees' Dalam Kereta Api - Bintang Global | mStar

Shah Rukh Khan Promosi 'Raees' Dalam Kereta Api

Shah Rukh Khan sekali lagi terlibat dalam kontroversi.

BINTANG Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mengambil keputusan untuk menaiki kereta api bagi mempromosikan filem terbaharunya Raees.

Pelakon terkenal itu menjadi perhatian apabila dia tiba di stesen kereta api di Mumbai Central untuk pulang ke New Delhi dan sempat mempromosikan filemnya kepada orang ramai.

Stesen berkenaan menjadi sesak apabila masing-masing ingin melihat dari dekat bintang terkenal itu dan mengambil gambarnya.

Kehadiran Shah Rukh itu juga menjadi tular di media sosial dan merupakan  promosi berkesan untuk Raees.

Dalam pada itu, Shah Rukh dalam satu temubual memberitahu kereta api sentiasa mengingatkan perjalanan kariernya sebagai pelakon.

"Saya ingat lagi kali pertama menaiki kereta api untuk datang ke Mumbai untuk kejar cita-cita saya.

"Perjalanan selama 17 jam ketika itu membuatkan saya teruja dan pada masa sama takut," katanya.

Shah Rukh Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019