suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Selena Gomez & The Weeknd Semakin 'Panas'

HUBUNGAN istimewa Selena Gomez dengan The Weeknd mungkin akan lebih terbuka kepada umum sedikit masa lagi.

Walaupun gambar mesra mereka sudah mula tersebar sejak dua minggu lalu, E! News melaporkan percintaan mereka kini semakin berkembang dan rapat.

"The Weeknd sangat sukakan Selena. Mereka berbalas mesej setiap hari," demikian dedah sumber.

"Mereka mempunyai hubungan yang benar-benar seksi dan 'panas' malah mereka sering ketawa dan menyukai personaliti masing-masing."


Gambar mesra Salena dan The Weeknd.

Ketika peminat artis pop itu tidak sabar menunggu kelibat mereka bersama, sumber E! News menyatakan bahawa hubungan pasangan berkenaan masih di peringkat awal.

"Setakat ini mereka hanya berseronok antara satu sama lain," jelas sumber dalaman itu.

Berita percintaan terbaharu selebriti Hollywood itu bermula apabila pemuzik itu dilihat  menghadiri makan malam romantik di luar Los Angeles.

"Mereka berada di sana selama tiga jam. Hanya berdua-duaan," demikian menurut saksi.
Salena Gomez, The Weeknd

Artikel Sebelum

Artikel Lain