suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giliran Song Ji Hyo & Kim Joong Kook Tinggalkan 'Running Man'

Song Ji Hyo dan Kim Joong Kook tinggalkan program Running Man.

BINTANG terkenal Song Ji Hyo dan Kim Joong Kook secara rasmi mengikut jejak langkah rakan mereka, Kang Gary apabila mengambil keputusan meninggalkan program Running Man.

Syarikat pengurusan Ji Hyo dalam satu kenyataan turut mengesahkan mengenai perkara itu memberitahu keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak penerbit.

Menurut wakil syarikat itu, Ji Hyo ingin memberi fokus kepada karier lakonan namun mengakui sukar membuat keputusan tersebut.

"Masanya agak terhad dan perlu berkejar-kejar di antara penggambaran drama dan rakaman Running Man.

"Pada akhirnya dia memilih untuk fokus kepada bidang lakonan buat masa ini," kata wakil agensi aktres itu.

Jong Kook pula memberitahu masih belum mengesahkan tarikh sebenar dia akan membuat kemunculan terakhir namun nekad meninggalkan program itu.


Artikel Lain