suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lady Gaga Sedia Buka Mulut Isu Jadi Mangsa Penderaan Seksual

Lady Gaga sedia ditemubual berhubung isu dia pernah menjadi mangsa penderaan seksual ketika remaja.

PENYANYI Lady Gaga dilaporkan bersetuju untuk ditemu bual oleh Piers Morgan bagi membincangkan penderaan seksual yang dihadapinya ketika zaman remaja.

Daily Mail melaporkan Gaga sedia berbuat demikian selepas Piers menganggap penyanyi itu sengaja mengada-adakan cerita kononnya dia dirogol bagi meraih publisiti.

Gaga dalam satu status di Twitter miliknya memberitahu sedia berkongsi kisahnya dengan pengacara terkenal itu dan memintanya mengadakan wawancara tersebut.

Piers turut membalas status penyanyi itu dan berharap temubual itu nanti dapat mengubah pandangannya terhadap Gaga.

Lady Gaga, Piers Morgan

Artikel Lain