Mariah Carey Perlu Minta Kebenaran Keluar Dari Rumah - Bintang Global | mStar

Mariah Carey Perlu Minta Kebenaran Keluar Dari Rumah

Mariah muncul dengan siri dokumentari lapan episod berjudul Mariah's World.

PENYANYI Mariah Carey mendedahkan dia perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar dari rumah ketika berkahwin dengan eksekutif muzik, Tommy Mottola.

Mariah, 46, yang berkahwin dengan Tommy pada 1993 berkata, selain dilarang keluar dia juga tidak dibenarkan memakai pakaian seksi selain gerak-gerinya dikawal bekas suaminya itu.

Malah Mariah tidak digalakkan untuk mengadakan konsert jelajah dunia yang memerlukan dia berjauhan dengan Tommy sebaliknya lelaki itu lebih suka dia menghabiskan masa di studio bagi merakamkan album.

Bercakap menerusi program dokumentari, Mariah's World, penyanyi lagu Hero itu berkata, perkahwinan dengan ketua pegawai eksekutif syarikat Sony Music itu pada satu tahap telah menyebabkan dia hilang kawalan terhadap hidupnya sendiri.

Mereka bagaimanapun bercerai selepas hanya empat tahun berkahwin pada 1997.

Mariah dan bekas suaminya, Tommy Mottola.

"Saya berkahwin dengan seorang yang ketika itu sangat mengawal kehidupan saya.

"Tommy lebih berusia daripada saya dan dia mempunyai banyak kuasa dan mahu menjauhkan saya daripada kawan-kawan dan masyarakat.

"Saya perlu meminta kebenaran daripadanya untuk keluar dan adakalanya saya berasa takut," ujarnya seperti dilaporkan E! Online.

Ditanya mengenai perasaannya sentiasa terkurung di dalam rumah, Mariah berkata, dia sering menganggap tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman lelaki itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain