suria

Park Shin Hye Sorok Identiti Sumbang Wang Bantu Mangsa Kebakaran

Park Shin Hye menggunakan nama samaran ketika menyumbangkan wang kepada mangsa kebakaran di Seomun Market, Daegu baru-baru ini.

PELAKON Park Shin Hye dilaporkan menggunakan nama samaran bagi melindungi identitinya sebagai penderma kepada mangsa kebakaran di Seomun Market, Daegu baru-baru ini.

Kpop Herald
melaporkan aktres itu menderma sebanyak 50 juta Won (RM170,000) kepada Persatuan Bencana dan Bantuan Korea untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran berkenaan.

Bagaimanapun ia terdedah apabila ada pihak memberitahu perkara itu kerana merasakan Shin Hye patut mendapat pujian terhadap tindakannya itu.

Wakil syarikat pengurusan pelakon drama bersiri Doctors itu, S.A.L.T Entertainment dalam satu kenyataan pula memberitahu pihaknya tidak mengetahui Shin Hye membuat sumbangan tersebut.

Sebaliknya ia diketahui apabila pihak persatuan menghantar resit kepada agensi menggunakan nama tidak dikenali.

Park Shin Hye, Doctors

Artikel Lain