suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G-Dragon (Big Bang) Dikagumi Anak Will Smith

Will Smith dan Jaden Smith bergambar dengan G-Dragon (tengah) ketika melawat ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

ANAK kepada pelakon terkenal Hollywood, Will Smith iaitu Jaden Smith yang meminati muzik kpop melahirkan rasa kagum terhadap penyanyi Korea Selatan, G-Dragon.

Allkpop melaporkan Jaden menjadikan anggota kumpulan Big Bang itu sebagai idolanya dalam mengembangkan kariernya sebagai penyanyi rap di Amerika Syarikat.

Jaden turut menulis status di Twitter miliknya memberitahu G-Dragon adalah inspirasinya sebagai artis.

Malah Jaden bersama bapanya sanggup berkunjung ke Seoul untuk bertemu dengan G-Dragon dan sempat menghabiskan masa di studio rakaman bersama penyanyi itu.

Selain G-Dragon, Jaden dan Will turut bertemu dengan artis-artis dibawah naungan YG Family seperti Psy, CL dan Taeyang pada lawatan itu.

G-Dragon, Jaden Smith, Will Smith

Artikel Lain