suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yeeun & Jinwoon Rahsiakan Hubungan Cinta Tiga Tahun

Pihak syarikat pengurusan Yeeun dan Jinwoon mengesahkan pasangan berkenaan kini sedang bercinta.
WAKIL syarikat pengurusan penyanyi Yeeun (Wonder Girls) dan Jeong Jinwoon (2AM) akhirnya tampil mengesahkan pasangan itu kini adalah pasangan kekasih seperti dilaporkan sebelum ini.

Soompi melaporkan pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu ketika mereka sama-sama bernaung di bawah syarikat pengurusan sama iaitu JYP Entertainment.

"Benar pasangan berkenaan sedang bercinta dan hubungan itu masih berjalan dengan baik meskipun Jinwoon sudah bertukar pihak pengurusan iaitu Mystic Entertainment," kata kenyataan tersebut.

Terdahulu laporan turut menyebut hubungan yang pada awalnya sekadar kawan baik bertukar romantik kerana mempunyai banyak persamaan termasuk citarasa dalam muzik.

Mereka berjaya merahsiakan tentang hubungan itu kerana sebelum ini kerana dibawah agensi sama dan sering bertemu di pejabat.

Yeeun, Jinwoon, Wonder Girls, 2AM

Artikel Lain