suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mel Gibson Teruja Bakal Dapat Anak Kesembilan

Mel Gibson dan kekasihnya Rose bakal menimang cahaya mata.

PELAKON Mel Gibson bakal menyambut ahli keluarga baharu iaitu anak kesembilan apabila kekasihnya Rosalind Ross dilaporkan hamil.

Menurut sumber, pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu itu dijangka melahirkan bayi mereka pada awal tahun depan.

Mel dikhabarkan sangat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran anak kesembilannya pada usia 60 tahun.

"Mel dan Rose sangat gembira dan mereka sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran bayi tersebut.

"Dua tahun kebelakangan ini merupakan tahun bertuah buat Mel," ujar sumber.

Mel sebelum ini berkahwin dengan Robyn Denise More pada tahun 1970 dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Dia kemudian dikurniakan seorang anak perempuan hasil hubungannya dengan wanita bernama Grigorieva.

Mel Gibson

Artikel Berikut

Artikel Lain