suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanye West Akhirnya Miliki Profil Instagram

Kanye West akhirnya membuka akaun Instagram.
PENYANYI rap kontroversi Kanye West pada Ahad lalu akhirnya membuka secara rasmi akaun Instagram walaupun sebelum ini dia pernah menyatakan tidak berminat untuk menyertai media sosial berkenaan.

Daily Mail melaporkan profil yang menggunakan nama @kanyewest itu mendapat 500,000 pengikut pada hari pertama ia dilancarkan.

Sehingga kini Kanye mempunyai lebih satu juta pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, Kanye yang sebelum ini lebih aktif di Twitter turut memuat naik sekeping foto di profilnya iaitu gambar sebuah bangunan dengan kenderaan yang dinyalakan lampunya.

Bagaimanapun suami kepada Kim Kardashian itu tidak meletakkan sebarang kapsyen pada gambar tersebut.

Terdahulu, Kanye mula memberikan gambaran akan membuka Instagram dengan memberitahu sedang mempertimbangkan perkara itu.

"Saya terfikir untuk memiliki Instagram tetapi dengan satu syarat, anda tidak boleh beritahu apa yang perlu saya muat naik dalam akaun tersebut," katanya.

Kanye West, Instagram

Artikel Lain