suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kang Ha Neul Makan Mee Segera Untuk Turun Berat Badan

PELAKON Kang Ha Neul terpaksa mengambil diet ketat untuk menurunkan berat badan yang diinginkan bagi menjayakan watak dalam filem terbaharu berjudul DongJu: The Portrait of A Poet.

Tidak seperti selebriti lain yang hanya mengambil buah-buahan atau sayuran, Kang Ha Neul dilaporkan mengamalkan diet unik dengan hanya makan mee segera atau lebih dikenali sebagai ramen di Korea.

"Saya hanya makan satu mangkuk ramen setiap hari dan berjaya menurunkan tujuh hingga lapan kilogram daripada berat badan asal," ujarnya.

Dia menganggap ia sebagai satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan sebagai seorang pelakon.

Filem DongJu: The Portrait of A Poet merupakan filem pertamanya pada tahun 2016 ini dan akan ditayangkan pada 18 Februari ini.
Kang Ha Neul

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia