suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Junsu (JYJ) Mohon Maaf Kepada Peminat

Junsu meminta maaf kepada peminatnya.
AHLI kumpulan JYJ iaitu Junsu memohon maaf kepada peminat kerana tidak menghadiri acara Anugerah Muzik Seoul kali ke 25 baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas peminat melahirkan rasa kecewa ekoran Junsu tidak menerima anugerah dimenanginya secara langsung sebaliknya ia dirakamkan terlebih dahulu.

Peminat rata-rata memberitahu ingin melihat sendiri Junsu menerima trofi kemenangannya memandangkan mereka berusah payah mengundi artis kesayangan mereka.

Pihak pengurusan anugerah berkenaan dalam satu kenyataan menjelaskan mereka berbuat demikian kerana ingin memberi fokus kepada kategori lain yang lebih penting pada malam siaran langsung itu.

Dalam pada itu, Junsu menerusi kenyataan di Instagram memberitahu dia kesal tidak dapat menggembirakan hati peminatnya dan terharu dengan sokongan diberikan kepadanya.
JYJ, Junsu

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia