suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown Saman Malu Wanita Dakwa Dicederakannya

Chris Brown
PENYANYI Chris Brown bakal menyaman seorang wanita bernama Liziane Gutierrez yang mendakwa dia dipukul Chris di sebuah pesta hujung minggu lalu.

Wanita tersebut menuduh dicederakan Chris Brown di bahagian mata ketika ingin mengambil gambar dengannya di Hotel Palms Casino Resort.

Penyanyi lagu Loyal  ini menafikan perkara tersebut dan berhasrat membersihkan namanya dengan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

"Saya akan menjadi paling kaya jika membuat tuntutan saman daripada orang-orang gila yang terus cuba memburukkan nama saya," ujar Chris Brown.

Dipetik daripada TMZ, penyanyi ini akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat dengan menggunakan perkhidmatan guaman Nicole Perna.

"Wanita itu diminta meninggalkan pesta kerana berkelakuan buruk sehingga menganggu majlis. Kami ada bukti menerusi kamera litar tertutup perkara sebenar yang terjadi pada malam tersebut," ujar peguam.
Chris Brown

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain