suria

Aishwarya Rai Tolak Lakonkan Adegan Cium

Aishwarya Rai dan Kanbir Kapoor

AKTRES Aishwarya Rai yang baharu sahaja selesai penggambaran filem terbaharunya berjudul Ae Dil Hai Mushkil dilaporkan menolak beberapa adegan intim terutamanya babak cium.

Seperti dipetik Filmi Beat, Aishwarya Rai menolak tegas apabila diminta untuk melakukan adegan cium dengan pelakon gandingannya Ranbir Kapoor.

Pekon jelita itu memberitahu bahawa dia berasa kurang selesa untuk adegan tersebut kerana usia yang sudah tidak lagi difikirkan sesuai untuk aksi itu.

Sumber memberitahu, biarpun pernah melakukan adegan itu pada awal kerjayanya, dia tidak mahu mengulangi dan menyerahkan aksi itu dilakukan oleh pelakon yang lebih muda.
Aishwarya Rai

Artikel Lain