suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paris Hilton Rancang Kahwin Selepas Empat Bulan Bercinta

Paris bersama kekasihnya ahli perniagaan Thomas Gross.

SELEBRITI Paris Hilton dikhabarkan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin selepas empat bulan menjalinkan hubungan istimewa dengan ahli perniagaan Thomas Gross.

Seperti diperik Contact Music, sumber terdekat memberitahu bahawa wanita itu sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada usia yang bakal memasuki 35 tahun.

"Paris akan memasuki umur 35 tahun dan dia sudah bersedia untuk berkahwin," ujar sumber.

Sumber turut memberitahu tindakan tersebut didorong selepas melihat adiknya Nicky Hilton berkahwin pada Julai lalu.

Tambahnya, Paris juga dikatakan mahu menikmati saat-saat hamil bersama adiknya.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Paris dan lelaki itu.

Paris Hilton

Artikel Berikut

Artikel Lain