suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acha Septriasa Belum Dapat Hidayah Untuk Berhijab

PELAKON Indonesia Acha Septriasa berkata masih belum bersedia untuk berhijab meskipun dia sering membawa watak wanita bertudung dalam filem-filem lakonannya.

Kata Acha, hatinya belum mendapat hidayah apatah lagi dia masih lagi mahu menggayakan pakaian-pakaian terkini.

"Saya tahu hijab itu wajib bagi seorang wanita Muslim  tetapi saya belum mendapat hidayah untuk berhijrah ke arah penampilan seperti itu," katanya kepada portal Kapanlagi.

Bagaimanapun, tambah Acha, dia mengakui setiap kali melakonkan filem-filem Islamik, dia berasa sangat tenang dalam menjiwai watak-watak yang dilakonkan.

Malah kerana lakonan dalam filem-filem berbentuk ketuhanan itu membuatkan dirinya turut mempunyai peminat di kalangan wanita berhijab yang lebih berusia.

Artikel Lain