suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee So Yeon Pilih Pakar Teknologi Sebagai Suami

Lee So Yeon bakal berkahwin Oktober depan.

PELAKON Lee So Yeon dilaporkan bakal berkahwin dengan seorang pakar teknologi pada Oktober depan.

Korea Herald melaporkan, pasangan berkenaan bertemu awal tahun ini dan diperkenalkan oleh kakaknya sendiri.

Aktres itu yang popular menerusi filem Untold Scandal itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar lelaki berkenaan untuk pengetahuan umum.

Dalam pada itu, So Yeon dilaporkan banyak menghabiskan masa di Universiti Hanyang, Seoul di mana tempat bakal suaminya sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana.

So Yeon memilih untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan di situ kerana bimbang mereka menjadi perhatian.

Sumber yang pernah melihat kelibat pasangan berkenaan memberitahu lelaki berkenaan digambarkan sebagai tinggi dan kacak.


Lee So Yeon.

Artikel Lain