DALAM sebuah siaran langsung perlawanan bola sepak SBS 2015 Suwon JS Cup-18 Internasional Youth Club Football Championship, kehadiran Baro (B1A) dan Kim Yoo Jung yang dilihat menonton bersama tertangkap kamera yang sedang merakamkan acara itu.
Menurut laporan Allkpop, ramai yang menganggap Yoo Jung dan Baru mungkin menjalinkan hubungan cinta kerana kedua-dua mereka membintangi drama bersiri Angry Mom.
Bagaimanapun wakil agensi Baro iaitu WM Entertainment menafikan kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa dan lebih kepada rakan sekerja.


