suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jin Se Yeon Dapat Watak Utama Bukan Kerana Pengaruh Keluarga

Jin Se Yeon

PELAKON Jin Se Yeon nafi mempunyai pengaruh besar daripada keluarganya yang kaya sehingga boleh mendapat watak utama dalam beberapa drama walaupun baru memulakan karier.

Jin Se Yeon, 21, dilihat memegang watak utama dalam beberapa drama korea antaranya Bridal Mask, Inspiration Generation dan Doctor Stranger.

"Saya menerima watak utama bukan faktor itu kerana saya bukan datang dari keluarga yang kaya cuma ayah seorang usahawan kecil-kecilan," katanya kepada kepada MC Radio Star.

Selain itu, Jin Se Yeon juga memaklumkan bahawa ramai pihak tidak tahu bahawa sebenarnya dia memulakan karier sebagai pelakon tambahan dahulu sebelum memegang watak utama.

Jin Se Yeon memasuki bidang lakonan bermula pada tahun 2010 dan sesetengah pihak mempertikaikan watak yang dipegang kerana di Korea, pelakon baru sukar mendapat watak utama.

Jin Se Yeon

Artikel Berikut

Artikel Lain