suria

Kiko Mizuhara & G-Dragon Naik Kereta Bersama

Kiko Mizuhara dan G-Dragon dikatakan menjalinkan hubungan skandal.

GAMBAR model Kiko Mizuhara dan G-Dragon yang keluar dari kelab malam dan menaiki kereta bersama tersebar luas di media sosial.

Menurut laporan Koreaboo, mereka yang dilihat menghadiri ke pertunjukkan fesyen bersama sebelum ini tampil dengan kontroversi terbaharu selepas G-Dragon dikatakan membawa Kiko ke rumah kediamannya.

Kiko dikatakan menaiki kereta milik G-Dragon secara rahsia selepas pulang dari kelab malam di Itaewon.

Menerusi gambar tersebut, Kiko dikatakan menaiki kereta milik G-Dragon secara rahsia selepas pulang dari kelab malam di Itaewon.

Langkah mereka yang berselindung disebalik pengurus G-Dragon itu gagal kerana wartawan sempat mengambil gambar mereka berdua dari jarak jauh.

Pada awalnya, ramai menyangka mereka cuba mengelak dari wartawan dengan menaiki teksi namun jangkaan tersebut salah kerana kereta tersebut disahkan milik G-Dragon.

G-Dragon merupakan anggota kumpulan popular kpop iaitu Big Bang.
Kiko Mizuhara, G-Dragon

Artikel Lain