suria

Naomi Campbell Tidak Gemar Dilabel Penggemar Lelaki Muda

Naomi memberitahu tidak gemar dilabel sebagai 'cougar' hanya kerana dia membawa peranan sebagai wanita yang gemarkan lelaki muda dalam drama bersiri Empire.

SUPERMODEL Naomi Campbell memberitahu tidak gemar apabila digelar 'cougar' iaitu wanita berusia menggemari lelaki muda selepas muncul dengan peranan berkenaan dalam drama bersiri Empire.

Naomi, 44, menjelaskan dalam kehidupan sebenarnya perkara itu bukan suatu kebiasaan buatnya dan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki muda.

Menerusi Empire, Naomi memegang watak sebagai Camilla iaitu seorang pereka fesyen menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi bernama Hakeem berusia 20 tahun.

"Saya tidak bercinta dengan lelaki muda dan itu cuma berlaku dalam Empire dan saya tidak gemar dengan label 'cougar' yang diberikan kepada saya hanya kerana watak Camilla.

"Mungkin di Amerika perkara itu hanya kecil tetapi saya berasal dari London dan perkataan seperti itu adalah perkara terakhir yang ingin disebut oleh seseorang," ujarnya dalam satu wawancara bersama majalah Female First.

Dalam pada itu, Naomi mengakui berasa malu ketika berada di set bagi menjayakan babak intim bersama Hakeem lakonan Bryshere Y. Gray.

"Saya akui sangat gementar tetapi itu adalah tanggungjawab diberikan kepada saya dan ia perlu diselesaikan," katanya.

Naomi Campbell, Empire.

Artikel Lain