suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siwon (Super Junior) Bakal Berlakon Dengan Jackie Chan

Siwon akan berlakon menerusi filem daripada produksi China iaitu Dragon Blade.

BUKAN hanya menjadi ahli kepada kumpulan KPop popular Super Junior, Choi Siwon bakal melebarkan bakatnya di bidang lakonan pula.

Menurut laporan Newsen, pihak pengurusan Siwon iaitu SM Entertainment berkata Siwon bakal melibatkan diri menerusi filem daripada produksi China iaitu Dragon Blade.

"Siwon akan membintangi sebuah filem daripada produksi China iaitu Dragon Blade. Dia akan memegang watak utama dan akan digandingkan bersama Jackie Chan dan John Cusack," kata pihak pengurusan Siwon itu.

Bagaimanapun, SM enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Siwon kini sedang sibuk dengan penggambaran drama China iaitu A Billion Dollar Of Heirs yang turut dibintangi oleh Kang Qing Zi.

Choi Siwon, Super Junior

Artikel Lain