suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inul Tidak Lagi 'Goyang Gerudi'

Inul Daratista
JAKARTA: Penyanyi dangdut Inul Daratista membuat keputusan untuk mengurangkan tarian goyangnya selepas mendapati imej berkenaan tidak lagi bersesuaian dalam era muzik kini.

"Inul berkata, irama dangdut ketika ini perlu tampil berbeza dan memadai jika goyangan itu hanya dilakukan secara asas.

"Cara goyangan ketika ini sudah berbeza. Dulu boleh lakukan 30 persen goyangan tetapi sekarang ini sedikit pun tak apa. Muzik dangdut ketika ini bukanlah menumpukan kepada goyangan semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal Inilah.com.

inul 2
Aksi Inul ketika membuat persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2011.


Inul sebelum ini pernah dikenali kerana goyangan tarian dangdutnya yang luar biasa sehingga dipanggil goyang gerudi dan popular dengan lagu Goyang Inul.

Bagaimanapun Inul berkata, dia masih mampu untuk menari seperti dahulu tetapi membuat keputusan mengurangkan imej berkenaan bergantung pada majlis yang dihadirinya. 

Inul Daratista, Goyang Gerudi

Artikel Lain