suria

Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan komposer Audi Mok ketika pandemik, sorok status kerana ia perkara menyakitkan

Nikki Palikat mendedahkan dia sudah bercerai dengan komposer Audi Mok ketika pandemik.

TIADA angin, tiada ribut, penyanyi Nikki Palikat mendedahkan dia dan suami iaitu komposer Audi Mok sudah bercerai ketika negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini.

Tidak mendedahkan perkara tersebut sebelum ini, Nikki atau Nicolette Louisa Palikat memberitahu dia merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum kerana memerlukan masa untuk diri sendiri sebelum berkongsi dengan peminatnya.

"Bukan hendak sorokkan kisah ini, tetapi saya perlukan masa untuk terima perkara yang menyakitkan ini," katanya dalam temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

nikki cerai 2

Nikki dan Audi mempunyai seorang anak lelaki, Liam.

Dalam pada itu, Nikki berkata, meskipun dia dan Audi bukan lagi pasangan suami-isteri namun hubungan mereka masih kekal baik sejak bercerai.

"Bukan senang untuk saya cerita perkara ini. Ya, penceraian berlaku ketika pandemik lalu. Pada waktu itu kami sedar lebih baik bercerai dan teruskan hubungan sebagai seorang kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan... Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi 'pelakon kayu'

"Sekarang ini, kami lebih baik sebagai kawan sahaja," katanya yang turut menyangkal perceraian itu disebabkan kehadiran orang ketiga.

Sekarang ini, kami lebih baik sebagai kawan sahaja.

NIKKI PALIKAT

PENYANYI

Sementara itu, Nikki tidak menafikan kegagalan mempertahankan rumah tangga yang dibina selama 12 tahun itu turut membuatkan dia berasa tertekan.

Tidak hanya itu, dia sentiasa merasakan dirinya gagal dalam pelbagai perkara dan enggan dilihat sebagai seorang yang mudah berputus asa dihadapan anaknya.

"Selama ini saya pendam semua perkara kerana tidak mahu anak bersedih tetapi saya lega apabila dia terima dengan hati terbuka apabila dia mengetahui perkara sebenarnya," katanya.

Nikki dan Audi berkahwin pada Jun 2009 di sebuah gereja di Petaling Jaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Liam yang kini berusia 12 tahun.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain