suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertumbuhan Pinjaman PKS Terkumpul, Naik Kepada 8.1 Peratus

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkumpul meningkat kepada 8.1 peratus pada Julai 2017 daripada 7.6 peratus semasa Jun 2017, didorong oleh pertumbuhan dalam sektor perkilangan, pembinaan, kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan.

Sementara itu, pertumbuhan pembiayaan bersih kepada sektor swasta menurun kepada 6.8 peratus pada Julai 2017 (Jun 2017: 7.2 peratus), menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Sorotan Bulanan Julai 2017 yang dikeluarkan Rabu.

Bank pusat berkata, pertumbuhan terbitan terkumpul bersih bon korporat terus memberikan sokongan meskipun lebih perlahan kepada 10.6 peratus (Jun 2017: 11.8 peratus), manakala pertumbuhan pinjaman terkumpul sistem perbankan stabil pada 5.6 peratus (Jun 2017: 5.7 peratus).

Mengenai pasaran kewangan Malaysia, BNM berkata, ia secara relatif stabil pada Julai 2017 dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 26 Julai, 2017.

“Peserta pasaran kewangan juga berurus niaga secara berhati-hati pada bulan itu berikutan ketidaktentuan yang berpunca daripada ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara serta kebimbangan terhadap keupayaan pentadbiran AS untuk melaksanakan pembaharuan fiskalnya.

“Ini menyebabkan pergerakan kecil dalam pasaran bon, ekuiti dan ringgit, dengan kadar hasil bon meningkat 3.8 mata asas di tengah-tengah aliran keluar bukan pemastautin sebanyak RM1.5 billion.

“Manakala pasaran ekuiti dan kadar pertukaran ringgit secara relatif tidak berubah,” menurut BNM.-- Bernama



PKS

Artikel Lain