suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fama Tawar Diskaun Jualan Merdekaraya

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menawarkan potongan harga antara lima hingga 20 peratus bagi barang keperluan, keluaran Fama  menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha pada minggu depan, di pasar-pasar tani di seluruh negara.

Pengerusi Fama,Tan Sri Badaruddin Amiruldin berkata jualan Merdekaraya ini sudah mula  beroperasi sejak Isnin lepas sehingga 1 September.

"Jualan bersempena Hari Kebangsaan 2017 dan sambutan Hari Raya Aidiladha ini diyakini  mampu meringankan beban orang ramai untuk mendapatkan barang-barang dan produk-produk keluaran FAMA dengan harga berpatutan.

Pujian harus diberikan kepada peniaga-peniaga pasar tani kerana sanggup berkorban keuntungan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis Bulan Kemerdekaan peringkat Fama di ibu pejabat Fama, Selayang dekat sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah Fama, Datuk Ahmad Ishak.Tambah Badaruddin, Fama turut memberi jaminan bekalan komoditi keperluan mencukupi menjelang sambutan Aidiladha yang bakal tiba.

"Insya-Allah, bekalan makanan sepanjang sambutan kebesaran ini mencukupi, setakat ini pihak  Fama  belum pernah lagi gagal menampung permintaan sempena musim-musim sebegini," katanya.

Beliau juga menjemput orang ramai bagi memeriahkan program anjuran Fama iaitu “Fruit, Flower and Food" yang akan berlangsung selama empat hari bermula 24 Ogos ini, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng, Perak.-- Bernama   

Fama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain