suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KUALA LUMPUR: RAM Holdings Bhd (RAM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan  Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (Scope) untuk merangka, membangun dan melaksanakan program pembangunan dan perkongsian pengetahuan secara bersama.

Dalam kenyataan pada Rabu, RAM berkata di bawah MoU tersebut, Scope akan bekerjasama dengan cabang latihan RAM untuk menjalankan pelbagai program yang bertujuan mewujudkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai sektor awam dan swasta Sarawak berhubung pasaran modal, dengan tumpuan khusus kepada pasaran bon.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Dr K Govindan berkata MoU itu menandakan pencapaian penting syarikat dan merupakan permulaan kepada hubungan kerja jangka panjang dengan kerajaan negeri Sarawak.

“Ia merupakan satu penghormatan bagi RAM untuk bekerjasama dengan Scope dalam membangunkan pasaran modal dan kewangan Sarawak.

“Kami juga melihat ini sebagai peluang yang besar untuk mengambil bahagian dalam transformasi ekonomi dan sosial negeri ini,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain