suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leap Bantu PKS Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR: Pasaran baharu Bursa Malaysia Bhd, Leading Entrepreneur Accelerator Platform atau Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) akan dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang ke paras lebih tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melalui LEAP, yang dilancarkan secara rasmi oleh Najib di Invest Malaysia 2017 di sini pada Selasa, pelabur kaya boleh menyalurkan dana melalui pasaran modal kepada PKS.

Perdana menteri berkata, LEAP dapat menawarkan alternatif  kepada PKS mendapatkan dana dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini seiring dengan Pelan Induk PKS yang menyasar untuk meningkatkan bahagian sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bilangan pekerja dan jumlah eksport mereka.

"Ia juga merupakan antara pelbagai inisiatif yang kerajaan adakan untuk melaksanakan transformasi dan ini membuktikan kepercayaan terhadap kerajaan dengan ekonomi cergas yang mesra perniagaan," kata beliau dalam ucaptama pada perasmian Invest Malaysia 2017 di sini.

Artikel Lain