suria

Maxis Tetapkan Harga Tawaran Persendirian Pada RM5.52:

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd menetapkan harga saham tawaran persendirian pada RM5.52 sesaham.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata harga itu merupakan diskaun 9.24 peratus kepada jumlah wajaran harga purata RM6.0819 saham syarikat bagi lima hari dagangan termasuk Jumaat lepas, dan diskaun 6.12 peratus harga penutup RM5.88 Jumaat lepas.

"Berdasarkan kepada 300 juta tawaran saham itu, keuntungan kasar yang dijangka dikumpul daripada tawaran persendirian itu sebanyak RM1.656 bilion," katanya.

Ia berkata proses korporat itu menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing.

Maxis dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata cadangan tawaran persendirian itu bertujuan meningkatkan aliran tunai. kecairan, penjimatan kos faedah, serta meningkatkan paras nisbah hutang, selain mewujudkan keanjalan kewangan bagi syarikat itu membiayai fi tugasan spektrum pada masa depan. pelan pengembangan dan strategi pertumbuhan ,jika wujud peluang.

Artikel Lain