suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Dua Hala Malaysia-Jepun Berpotensi Besar

KUALA LUMPUR: Pengukuhan hubungan ekonomi dua hala Malaysia-Jepun menawarkan potensi besar untuk kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

"Malaysia, yang mempunyai ekonomi pelbagai, teguh dan terbuka, merupakan gerbang terbaik ke ASEAN bagi firma Jepun," katanya pada majlis pecah tanah Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini.

Najib berkata kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, bagi memudahkan kemasukan lebih banyak pelabur dan pelancong Jepun ke Malaysia.

Pada 2016, Malaysia merupakan rakan dagang keempat terbesar Jepun dengan dagangan dua hala bernilai RM120 bilion.

Perdana Menteri berkata hubungan kukuh dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara disokong oleh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain