suria

Uggah: MPOCC Akan Kawal Selia Skim Pensijilan MSPO Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) akan menjadi agensi bagi mengawal selia skim pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bermula 1 Januari 2015.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan lama bahawa agensi itu yang sewajarnya mengendalikan skim berkenaan.

Katanya, majlis MPOCC yang akan beroperasi pada suku pertama 2015, ialah badan bebas menyamai Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC).

Penubuhan badan bebas pensijilan itu bagi memantapkan serta menjadi agensi pensijilan berwibawa bagi industri minyak sawit.

"Kita sudah melihat kejayaan MTCC dan mahu mencontohinya," katanya kepada pemberita pada Kongres Minyak dan Lemak Antarabangsa 2014, di sini, Khamis.

Uggah berkata, audit perintis sudah dimulakan bagi mengenal pasti cara pelaksanaan skim MSPO dan ia sedia untuk beroperasi tahun depan.

Usaha audit pensijilan MSPO itu turut dijalankan di pelbagai premis minyak sawit mulai April lepas dan setakat Oktober 2014, masing-masing sebanyak tiga kilang penapis, ladang dan dua pekebun kecil berjaya mematuhi syarat MSPO dan layak menerima sijil MSPO.

Pada 21 Mac lepas, Kabinet meluluskan pelaksanaan sistem pensijilan MSPO berdasarkan syarat lestari Standard Malaysia bagi MSPO.


MPOCC, MSPO, Douglas Uggah Embas

Artikel Sebelum

Zico Akan Disenarai Di SGX-ST

Artikel Lain