suria

Pensyarah IPTS ‘merajuk’ gaji tak naik-naik, nekad kerja ‘cleaner’ di Singapura... Balik Malaysia jadi orang kaya!

Seorang lelaki bekerja sebagai pekerja pembersihan kerana gaji lumayan.

NAMPAKNYA semakin ramai yang berminat untuk mencari kerja di Singapura disebabkan tawaran gaji lumayan.

Ia berlaku disebabkan nilai mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.

Susulan Republik itu menjadi destinasi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk mencari rezeki, seorang individu terpanggil untuk berkongsi pengalamannya yang berhijrah ke sana untuk mengubah nasib.

Dia sebelum ini tertekan kerana mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan

Dia mengakui kerja di Singapura menyaksikan perubahan besar dalam kehidupannya berbanding sebelum ini yang bekerja di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Betul orang kata kerja di Singapura boleh ubah nasib. Saya sebelum ni mengajar di IPTS selama lima tahun. Gaji akhir saya kat IPTS sebanyak RM1,900.

“Selama lima tahun saya kerja, setiap bulan mesti ada fasa tak cukup duit. Kadang tak sampai pertengahan bulan. Gaji tak naik-naik tapi harga barang selalu naik, tak boleh survive,” luahnya menerusi satu perkongsian di grup Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari P.Pinang, kehidupan ‘berakhir’ di Johor! Pemuda dah tak berangan gaji lumayan, serik cari kerja di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia kerja di Singapura sorok duit dalam ‘spender’, takut cicir tengah jalan! Mengaku susah, tapi fikir ‘masyuk’ tiap-tiap bulan

Namun katanya, keadaan semakin sukar sehingga dia akhirnya berputus asa kerana tekanan yang dihadapinya.

“Stres tahap tak boleh nak kerja sebab lepas gaji pun stres lagi fikir nak bayar itu ini, keperluan rumah,” ujarnya.

Seorang lelaki nekad untuk bekerja di Singapura. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk mencari kerja di Singapura dan menerima tawaran bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Walaupun tidak lagi bergelar pendidik, namun dia bersyukur kerana gaji asas yang diterima jauh lebih tinggi berbanding pendapatan bulanannya sebelum ini.

“Alhamdulillah dapat kerja cleaner, gaji basic S$3,100 (RM10,815). Anda convert la sendiri,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia turut akur bekerja di negara jiran adalah ‘jalan pintas’ buatnya untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.

Dia sendiri mampu menarik nafas lega dengan hanya gaji pertama yang diterimanya sebagai pekerja pembersihan.

“Mana yang tak ada jalan nak bayar hutang, buntu hutang berpuluh ribu... ini je la shortcut anda ada. Gaji pertama pun dah boleh bayar macam macam. Anda tak akan menyesal.

“Kalau orang lain kata sesak lalu lintas kat Singapura macam teruk. Percayalah kalau dah kerja, anda boleh hadap sebab rasa berbaloi dengan apa yang anda dapat,” katanya.

Kesesakan di laluan Malaysia-Singapura tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki di Republik itu.

Pada masa sama, dia turut berkongsi tip berguna kepada mereka yang masih tercari-cari pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Mohon kerja, minta doa (restu) mak ayah dan terus cari kerja sampai dapat. Paling penting anda kena percaya pada diri sendiri.

“Anda tak perlukan orang lain untuk percaya anda boleh kerja di Singapura. Macam mimpi je boleh dapat gaji besar, tapi sebenarnya realiti,” jelasnya.

Namun semakan terkini mendapati hantaran tersebut telah dikeluarkan dari grup Facebook berkenaan, gara-gara perkongsiannya mempengaruhi masyarakat untuk bekerja di Singapura, dan bukan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah beban hutang dan muflis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain