suria

Dihina mandul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan... Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri

Wanie dan suaminya gembira menjaga anak asuhan.

MEMILIKI zuriat semestinya menjadi idaman pasangan yang sudah berumah tangga.

Mana tidaknya, anak-anak dikatakan penyeri kepada kehidupan bahagia suami isteri.

Namun, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki memilikinya di usia awal perkahwinan malah ada yang berjaya menimang zuriat ketika usia perkahwinan melangkau belasan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan setaman tapi rapat mengalahkan kembar siam! Dua sekawan nikah tarikh sama, kalau boleh hamil pun nak bersama

Sama ada lambat atau cepat, rezeki kurniaan Allah itu adalah pasti dan manusia tidak sewajarnya menghukum dan mencela pasangan yang tidak memperoleh.

Berkongsi kisah kepada mStar, Noorezwani Abdul Halit, 31, berkata, dia pernah dicemuh dan dilabel sebagai mandul hanya kerana tidak berjaya mendapatkan zuriat dalam tempoh tujuh tahun perkahwinannya.

Menurutnya, perkara yang paling menyedihkan apabila kata-kata tersebut keluar daripada mulut rakan sendiri.

Malah katanya, dia turut disindir oleh rakan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi sudah mempunyai anak.

"Kawan-kawan sendiri sindir kata dia baru berkahwin dah 'lekat' sedangkan saya dan suami sudah lama kahwin tetapi tidak ada lagi (anak). Ada juga yang kata saya mandul," luahnya sayu.

Masa terluang sering dihabiskan bersama.

Pasangan ini sering menghabiskan masa terluang bersama.

Menurut pasangan kepada Muhammad Fazli itu lagi, dia dan suaminya sudah berikhtiar sebaik mungkin bagi mendapatkan zuriat termasuk rawatan IUI.

IUI atau lebih dikenali sebagai intrauterine insemination iaitu kaedah rawatan kesuburan atau prosedur fertility yang digunakan untuk menghantar sperma secara terus ke serviks atau rahim dengan harapan untuk hamil.

"Sebelum ini saya ada cuba berurut dan berubat kampung tapi masih belum ada rezeki lagi. Pernah juga saya berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pada masa tu, doktor sahkan saya ada PCOS kerana haid saya tidak teratur dan dia sarankan saya untuk turunkan berat badan bagi memudahkan kehamilan

"Rawatan IUI pula dua kali... IUI pertama bulan Oktober 2020 manakala rawatan kedua pada Oktober 2021," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 3 April 2015.

Perkahwinan didirikan pada 3 April 2015.

Perkahwinan didirikan pada 3 April 2015.

Tambah anak kelahiran Ipoh Perak itu, sepanjang tempoh perkahwinan, dia pernah hamil dan gugur sebanyak tiga kali dan kali terakhir adalah awal tahun lepas.

Bercerita lanjut, ujarnya, pertama kali dia disahkan hamil adalah pada 2016 iaitu kira-kira setahun perkahwinannya dan kali kedua adalah pada 2017.

Namun, sehingga kini mereka berdua reda kerana belum dikurniakan rezeki dan hanya mampu menumpang kasih anak asuhan yang masih kecil.

Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit... dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia.

NOOREZWANI

Cerita wanita yang mesra dipanggil Wanie ini lagi, sejak mendirikan rumah tangga, dia mengambil upah sebagai pengasuh dan sangat gembira menjaga kanak-kanak sehingga kesemuanya menjadi rapat dengannya dan suami.

"Saya mula mengasuh dari tahun pertama kahwin. Ramai yang saya mengasuh dan kebanyakannya sudah bersekolah, yang terkini adalah kanak-kanak berusia 1 tahun 2 bulan... saya mengasuh dia dari lepas pantang.

"Anak asuhan lain pun semua rapat tapi yang ni special sikit sebab mak ayah dia dah berpisah. Jadi dia tumpang kasih dengan saya dan suami, kami pun tumpang kasih dengan dia," jelasnya.

Perkongsiannya di laman TikTok membuatkan warganet yang menonton berasa sayu dan rata-ratanya mendoakan kedua-dua mereka beroleh zuriat.

Rata-rata netizen mendoakan Wanie dan suaminya memperoleh zuriat.

Rata-rata netizen mendoakan Wanie dan suaminya memperoleh zuriat.

"Untung anak asuhan ni dapat pengasuh suami isteri layan (dia) macam anak sendiri. Semoga awak dan pasangan dikurniakan zuriat."

"Saya dulu pun tumpang kasih anak orang. Anak mengasuh pun rapat dengan saya, kemana-mana masa kecil dia ikut... Kemudian dapat juga rezeki selepas 10 tahun (berkahwin)."

"Insya-Allah berkat mengasuh anak orang macam anak sendiri, Allah angkat doa supaya dapat rezeki menjadi ibu juga suatu hari nanti."

Video dengan kapsyen tujuh tahun dan hashtag 'pejuang dua garis' itu ditonton lebih 101,300 pelayar TikTok selepas dikongsikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain