suria

Ramai sebak, rasa malu... anggap kejadian dua budak maut sebab makan sampah tak patut berlaku di Malaysia

Orang ramai di media sosial menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku pada Ahad. (Gambar Hiasan)

KHABAR duka mengenai dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai makan sisa makanan dari tong sampah ternyata meruntun hati netizen.

Selain pilu mengenangkan nasib kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun itu, netizen juga kesal kerana masih wujud kes sedemikian dalam negara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masing-masing tak ada hidung ke?” - Pelanggan malas turun, rider terpaksa redah sampah di flat demi tanggungjawab... ada samakan macam kandang!

"Tak kisah kalau mereka anak migran sekali pun. Kanak-kanak terpaksa makan dari tong sampah, shame on us.

"Kanak-kanak mati akibat makan dari tong sampah, laknatlah kita," tulis @lcsmxms (Lucius Maximus) menerusi Twitter.

"Kita kerap tak habis makanan, membazir. Bebudak ni terpaksa cari makan kat tong sampah. Tak lama lagi bulan puasa, bulan yang terkenal dengan pesta makanan. Banyak yang terbuang. Beringat sikit.

"Innalillah sedih betul baca berita ni. Anak dua orang makan sampah, meninggal.

"Tak ada orang kat Malaysia yang patut makan makanan dari tong sampah dah. Ever," tulis beberapa pelayar Twitter.

FLe6JQ5VkAAoxVq

Kejadian itu berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro pada Isnin, polis telah menahan bapa kepada dua kanak-kanak lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata bapa kanak-kanak berkenaan berusia 36 tahun ditahan malam tadi, selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah.

"Siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan

Kejadian melibatkan dua kanak-kanak itu berlaku di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.

Mayat dua kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar hari ini, bagi proses bedah siasat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain