suria

Kenapa pakai mask tutup mata? Ustaz garang... Ragam pelajar MCKK hadap ujian hafazan bikin ramai terhibur, tak sangka ada sarung telekung mak

Foto kanan Audy berkongsi ragam rakan-rakan sekelas menjalani ujian hafazan dengan menutup mata.

BIASANYA pelitup muka dipakai bagi menutup hidung dan mulut, tapi beberapa anak muda dilihat memakainya di bahagian mata. Nampak pelik tapi benar.

Begitulah ragam sekumpulan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika menjalani ujian hafazan al-Quran.

Kelihatan lucu dan menghiburkan, video yang dimuat naik seorang pelajar di aplikasi TikTok meraih lebih 1.2 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid cemas sampai terbeliak mata handphone tiba-tiba bergerak sendiri ketika sesi PdPR... kelam kabut lari panggil ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Murid minta panjangkan sesi PdPR, guru terpaksa buka ruang 'perbahasan' dengan rakan sekelas - "Saya ikut suara majoriti"

Pelajar berkenaan, Syed Audy Haqq Syed Mohd Fairuz berkata, kelas dalam talian itu bagi subjek Pendidikan Islam yang diadakan pada minggu lalu.

Remaja berusia 17 tahun itu berkata, dia bersama 22 rakan sekelas perlu menjalani ujian hafazan bagi surah Al-Kahfi yang dikendalikan oleh guru agama mereka.

"Video tu ustaz nak test hafazan seorang demi seorang. Dia tak nak kami tengok buku dan baca surah dari rumah masing-masing.

"Jadi, ustaz minta kami semua tutup mata depan kamera sambil menghafaz. Mula-mula ustaz cadangkan kami pakai mask untuk tutup mata," katanya kepada mStar.

test hafazan 4

Audy merakamkan diri sendiri memakai pelitup muka ketika ujian hafazan.

Lebih mesra disapa Audy, dia yang berasal dari Puchong, Selangor, berkata sebelum ini terdapat segelintir rakan yang 'curi-curi' melihat buku ketika diminta untuk menghafaz surah.

"Ustaz kata kalau tak ada mask, pakai kain pelikat. Sebab itulah ada rakan-rakan yang tutup mata dengan kain pelikat, termasuk guna skaf... sebelum ni ada yang curi-curi tengok buku, kantoi.

"Tapi paling pelik seorang rakan tu pakai telekung mak, kami mula-mula tak perasan sebab di skrin cuma nampak kain putih saja.

"Lepas dah habis kelas, dia mesej dalam grup WhatsApp beritahu kain putih tu sebenarnya telekung mak dia," ujarnya secara berseloroh.

test hafazan 5

Seorang rakan Audy menggunakan kain pelikat untuk menutup mata.

Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak itu, dia bagaimanapun tidak berasa gemuruh kerana telah membuat persiapan awal.

"Giliran saya yang akhir-akhir. Tapi tak nervous sebab dah hafal, tak risau. Masing-masing menghafaz tanpa had masa yang diberikan, semua hafaz betul-betul.

Ustaz kata kalau tak ada mask, pakai kain pelikat. Sebab itulah ada rakan-rakan tutup mata dengan kain pelikat, termasuk guna skaf... sebelum ni ada yang curi-curi tengok buku, kantoi

AUDY

"Ustaz ni garang, dalam kelas semua orang akan dengar kata ustaz. Tapi garang dia berkesan, yang penting ilmu dia bagi kat kami masuk dalam kepala.

"Cara saya hafaz dengan ulang ayat tu banyak kali dan kemudian tutup mata dengan menyebutnya secara jelas. Saya akan hafaz berulang kali sampai dah cukup yakin," katanya.

test hafazan 1

Sebahagian rakan-rakan sekelas Audy ketika sesi PdPR.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui kelas dalam talian sepanjang PdPR ketika pandemik sememangnya memberi cabaran pada dirinya.

"Saya okay dengan PdPR ni, tapi penat terasa sebab lama-mana tengok skrin komputer. Boleh sakit mata kadang-kadang.

"Tapi ada kebaikan juga sebab senang je nak belajar. Masuk dalam Google Meeting dari bilik tidur sendiri, yang penting kesungguhan untuk belajar tu kena ada," katanya sambil menambah menyukai subjek Matematik Tambahan.

test hafazan 2

Rakan-rakan sekelas Audy di MCKK.

Mengenai guru agamanya yang dikenali sebagai Ustaz Salehuddin, kata Audy, selain garang, guru berkenaan itu sebenarnya suka berjenaka.

"Ustaz ni dalam garang-garang, dia boleh melawak. Cukup sporting dengan pelajar-pelajar. Sebab itu juga saya kongsi video tu di TikTok, tak sangka pula jadi viral," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain