suria

“Dapur dengan butik aircond jauh beza” - Pereka fesyen lupakan tentang ‘jaga standard’, tak kisah downgrade diri jual daging dendeng

Foto kiri Jimmy (kiri) bersama Linda Nanuwil yang memakai rekaannya, foto kanan Jimmy memasak daging dendeng,

Di sebalik kekerapannya berkongsi gambar-gambar makanan di laman Instagram, seorang pemuda sebenarnya merindui kerjayanya yang terkesan dengan pandemik.

Tidak mahu dianggap dirinya telah bertukar kerjaya, pemuda berkenaan sekali-sekala memuat naik foto-foto baju rekaannya. Benar, dia adalah pereka fesyen Jimmy Couture.

Jejaka ini bukan sahaja dikenali menghasilkan busana untuk selebriti tempatan seperti penyanyi Siti Nordiana, malah pernah menjadi bualan hangat gara-gara baju rekaannya yang digayakan Ashira pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tahun lalu dikritik sebagai keterlaluan dan terlalu seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan PKP suami isteri jadi rider, cuma sempat layan anak sebelum tidur... kongsi nasi sebungkus makan cepat-cepat bimbang terlepas job!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sangat terdesak! Jual baju sendiri, isteri dan anak demi teruskan hidup... bimbang fikir kelahiran bayi kedua - "Pernah nak call hotline luah perasaan"

Namun realitinya, Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail mengakui kini terjejas dengan pandemik, lantas membuat keputusan untuk berniaga demi kelangsungan hidup.

jimmy pereka fesyen 5

Busana rekaan Jimmy dipakai Ashira ketika GV7. foto instagram JimmyCouture

Pemuda berusia 37 tahun itu bersyukur kerana mempunyai kebolehan selain bidang rekaan fesyen iaitu memasak, yang merupakan hasil tunjuk ajar ibunya sejak kecil.

"Saya sebenarnya suka memasak dan boleh memasak sejak dari usia sembilan tahun. Ikutkan dulu, saya keliru antara nak sambung belajar dalam bidang kulinari atau fesyen.

"Tapi saya ke arah fesyen. Saya ada butik sendiri, tapi dah dua tahun job tak berasa sangat disebabkan pandemik, susah nak survive," katanya kepada mStar.

jimmy pereka fesyen 6

Antara busana rekaan Jimmy. foto instagram JimmyCouture

Jimmy berkata, meskipun terkesan dengan PKP 1.0 tahun lalu, dia masih mempunyai simpanan sehingga PKP 2.0 pada awal tahun.

"PKP 2.0 saya dah mula 'goyang'. Saya dapat bernafas sekejap menjelang raya tahun ini apabila terima tempahan sebab ramai ingat dapat beraya.

Saya bimbang keadaan sukar ini berlarutan, maka saya perlu berniaga meskipun untung tak banyak macam buat baju. Kalau boleh survive tu saya bersyukur sangat

JIMMY

"Lepas tu kes Covid-19 melonjak naik dan PKP 3.0. Simpanan makin sikit, maintenance nak kena bayar, dengan komitmen lagi... staf pun terpaksa saya berhentikan," ujar anak peneroka di Felda Kepis di Bahau, Negeri Sembilan.

Susulan itu, anak bongsu daripada dua beradik itu mula menjual daging dendeng di sekitar Kuala Lumpur sejak Jun lalu sebagai sumber pendapatan alternatif.

jimmy pereka fesyen 7

Jimmy mula menjual daging dendeng sejak Jun lalu.

"Saya bimbang keadaan sukar ini berlarutan, maka saya perlu berniaga meskipun untung tak banyak macam buat baju.

"Kalau boleh survive tu saya bersyukur sangat. Ketika pandemik ni, kita tak boleh memilih pekerjaan, tak boleh pilih standard.

jimmy pereka fesyen 8

Jimmy mengusahakan bisnes bersama rakan-rakannya.

"Saya tak kisah kalau orang kata saya downgrade diri dari pereka fesyen ke tukang masak. Kenapa sampai nak kena jaga standard sebagai seorang designer?

"Alhamdulillah saya dianugerahkan kelebihan iaitu memasak. Dengan permulaan berniaga antara 5 kilogram (kg) ke 7kg daging sehari, sekarang mencecah antara 20kg hingga 25kg," katanya sambil menambah dia mengusahakan bisnes tersebut bersama rakan-rakannya.

jimmy pereka fesyen 9

Jimmy masih pereka fesyen meskipun kini mengusahakan bisnes makanan.

Jimmy yang turut menjual rendang ayam dan daging mengakui terdapat cabaran untuk melakukannya terutama mengekalkan kualiti dan rasa untuk pelanggan sepanjang masa.

"Berada di dapur yang panas dengan butik yang ada air-cond jauh berbeza. Tapi cabaran ini mengingatkan saya kepada kesusahan mencari duit dengan titik peluh sendiri.

"Apa pun cabaran dan apa orang nak kata, saya tak rasa down kerana saya bersyukur ada kelebihan lain selepas membuat rekaan baju.

"Walau bagaimanapun, saya masih sebagai pereka fesyen kerana itulah sumber rezeki dan minat saya sejak dulu. Buat masa sekarang, saya rebut peluang yang ada untuk meneruskan kehidupan," katanya yang merancang untuk menjual daging dendeng sejuk beku.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain