suria

Ops! Suara gadis jadi tanda-tanya gara-gara menjerit nampak ‘kelibat’ - “Saya perempuanlah... cuma sakit tekak”

Qistina memberi penjelasan mengenai jeritannya disalah anggap sebagai suara lelaki menerusi video yang tular. Foto Qistina Dania Rashdan

GARA-gara asyik melihat wajah dan membelai rambut sendiri, seorang gadis dikejutkan dengan kelibat 'lembaga' yang muncul dari arah belakang menerusi tingkap pintu kereta.

Menerusi rakaman video selfie yang tular di media sosial, rupa-rupanya kelibat tersebut adalah bapanya sendiri.

"Sumpah tak perasan langsung bapa aku kat luar tingkap tu," tulis gadis itu di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan dah la 'besar sebelah' cium bau kari pula tangan kiri! Gadis ayu jawab bau tu dah sampai kaki

ARTIKEL BERKAITAN: Dek kerana misai, tangan berbulu... gadis 'handsome' dilamar, tapi respons ibunya aduhai selamba je

Namun, menerusi komen-komen di bebenang, ramai menyifatkan jeritan gadis itu seperti suara seorang lelaki, tidak terkecuali menyamakannya dengan suara watak kartun Doraemon.



Qistina mengakui terkejut melihat kelibat bapanya menerusi tingkap kereta pada waktu malam.

"Auto suara jantan keluar," komen seorang netizen.

"Weh macam Doraemon," ujar netizen yang lain.

Gadis berkenaan, Qistina Dania Rashdan berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di tempat duduk belakang kereta bapanya pada Isnin lalu.



Qistina (kanan) bersama bapanya.

Lebih mesra disapa Qistina, remaja berusia 18 tahun itu mengakui tidak menyedari kelibat bapanya sehingga terkejut, apatah lagi ia berlaku dalam keadaan gelap pada waktu malam.

"Masa tu dalam kereta, saya bersama mak dan ayah nak keluar untuk makan malam. Sementara menunggu ayah masuk dalam kereta, saya buat video filter wajah saya.

"Asyik tengok filter ada bulu mata tu, memang tak sedar ayah muncul di tepi tingkap kereta. Lagipun mod skrin telefon low brightness, jadi latar belakang memang nampak lebih gelap, sudah tentulah terkejut nampak ada ayah muncul kat tepi tingkap," katanya kepada mStar.



Qistina tidak berkecil hati dengan komen-komen netizen mengenai suaranya.

Qistina yang merupakan anak tunggal berkata, dia menyedari komen-komen netizen yang menyangka dirinya adalah seorang lelaki berpewatakan perempuan kerana suara yang garau.

"Ada kata suara saya macam lelakilah, pondanlah, bapuklah. Tapi suara menjerit tu sebab saya tengah sakit tekak. Saya nak jelaskan saya perempuanlah, cuma sakit tekak sehingga membuatkan suara menjerit saya kedengaran macam tu.

Saya tak berkecil hati pun dengan komen-komen mereka sebab suara saya bukan macam jantan pun.

QISTINA DANIA RASHDAN

"Suara saya bercakap taklah macam tu. Kalau ada yang kata suara menjerit saya tu macam Doraemon, saya rasa kelakar. Apa pun, saya tak berkecil hati dengan komen-komen mereka sebab suara saya bukan macam jantan pun," katanya yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.

Menurut Qistina, bapanya yang merupakan ahli perniagaan sememangnya seorang yang suka bergurau, pada masa sama garang dan berpendirian tegas.



Qistina dan bapanya berkongsi minat sama iaitu mengembara dan menikmati percutian di pantai.

"Sebenarnya, bukan kali pertama ayah tercegat dan muncul tiba-tiba macam tu. Sebelum ni dah banyak kali buat dan memang saya terkejut. Ayah suka menyakat.

"Tapi ayah saya ni juga seorang yang sporting. Kami berkongsi minat yang sama iaitu travel terutama percutian di pantai dan selalu travel bersama dengan mak," katanya yang kini melakukan kerja sambilan di sebuah butik pakaian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain