Isteri pemuda belasah doktor lega... sikap sebenar suami, mentua terbongkar - “Terjawab semua, berbalas segalanya” - Viral | mStar

Isteri pemuda belasah doktor lega... sikap sebenar suami, mentua terbongkar - “Terjawab semua, berbalas segalanya”

Intan mendakwa sering tertekan dan mengalami kemurungan ketika bersama dengan suaminya itu.

SELEPAS mengambil sikap mendiamkan mengenai dakwaan isu skandal dengan seorang doktor pada awal Oktober lalu, isteri kepada pemuda yang dikenali sebagai Aiman akhirnya tampil bersuara.

Ia susulan video seorang wanita yang juga ibu kepada suaminya bertindak melempang seorang pemuda selepas bergaduh di jalan raya semasa dalam perjalanan dari Raub, Pahang arah ke Kuala Lumpur petang Ahad lalu.

Menerusi satu posting di Facebook miliknya, wanita yang dikenali sebagai Intan meluahkan rasa lega selepas sikap sebenar suami dan mentuanya terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” - Jumpa resit hotel, suami nurse curang dedah derita 8 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Pesan ayah buat pemuda kena lempang terima maaf suami isteri - “Kalau dah guna kekerasan, saya kena pertahankan diri”

"Alhamdulillah terjawab semua. Berbalas segalanya. Saya minta maaf sebab salah saya juga tapi saya bukan jenis yang melayan lelaki yang tergedik-gedik sana sini.

"Siapa yang kenal saya tahu siapa saya. Siapa kita nak menghukum orang? Siapa kita nak buka aib orang. Saya tak menyalahkan orang kecam saya sebab ramai tak tahu cerita sebenar dan dengar dari sebelah pihak," katanya.

Aksi pergelutan seorang pemuda dengan seorang wanita sebelum dia diserang dua lelaki menjadi tular di media sosial.

Jelas Intan lagi, dia mendakwa sering tertekan dan mengalami kemurungan ketika bersama dengan suaminya itu.

"Macam mana pun saya sedar cara saya salah. Orang takkan dapat bayangkan keadaan saya ketika bersama dia. Mental touture. Pressure and depressed (penderaan fikiran, tertekan dan kemurungan).

"Tak pernah sekali pun menyesal apa yang terjadi. Alhamdulillah... sebelum datang orang ketiga, setahun setengah minta cerai (cara baik)... dia tak nak, tapi hari-hari mental touture sebab perangai dia," katanya.

Nonsense marriage!! Ko lah orang paling bermuka-muka dalam dunia ni. Dengan family ko yang tak betul. Dengan mak bapak ko yang tak sedar diri perangai gengster.

INTAN

Malah dakwa Intan lagi, dia berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka tetapi tidak berjaya.

"Bukan tak berusaha nak baiki tapi kalau aku seorang yang berusaha memang takkan jadi apalah. Tak ada tempat mengadu masalah.

"Mama yang menjadi tempat mengadu sebelum ni bertukar jadi musuh gara-gara mulut dia. Sanggup laga-lagakan anak dengan mak sendiri.

Rakaman Aiman membelasah seorang doktor tular selepas dikongsi ayah tirinya di Facebook.

"Ko tuduh aku curang selama ini. Ko mental paranoid. Ko sendiri cakap ko akan ceraikan aku kalau aku curang je. Jangan disuruh... n Yes I love him so much!!" katanya.

Menurut posting itu lagi, Intan berkata dia sememangnya mahu bercerai dengan Aiman kerana sudah tidak sanggup meneruskan perhubungan mereka.

"Nonsense marriage!! Ko lah orang paling bermuka-muka dalam dunia ni. Dengan family ko yang tak betul. Dengan mak bapak ko yang tak sedar diri perangai gengster.

"Dengan menantu sendiri pun dengki. Cakap macam-macam aku mata duitan kaki kikis. Padahal anak ko tu yang tak mampu nak bela aku pun. Aku dah fed up dengan layanan korang.

"Langsung tak dihargai sebagai isteri dan menantu. Kalau dengan fitnah dan viralkan aku dapat buat aku lepas dari family gila ni aku bersyukur sangat.

"Terima kasih Allah!! Aku tak peduli lah apa orang nak cakap. Bukan korang satu selimut satu bantal dengan dia pun. Satu je aku nak... Aku nak cerai," katanya.

Posting Intan yang ditulis sambil berkongsi video pergaduhan suami dan mentuanya bersama seorang pemuda yang tular.

Dakwa Intan lagi, dia sudah naik turun mahkamah untuk menyelesaikan tuntutan perceraiannya tetapi Aiman tidak munculkan dirinya.

"Tiga kali dah aku naik court tapi orang-orang gila glamer ni tak datang. Saja nak gantung aku. Gengster kan sekarang. Bangga betul dapat pukul orang," katanya.

Kisah rumah tangga Intan dan suaminya itu menjadi tular selepas video Aiman bertindak membelasah seorang doktor yang didakwa ada skandal dengan isterinya itu tular di media sosial.

Video tersebut dipercayai dirakam ayah tiri Aiman sewaktu doktor tersebut sedang bertugas di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Susulan itu Aiman ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika tampil memberi keterangan pada petang 6 Oktober lalu.

Intan , Aiman , belasah doktor , gaduh , jalan raya

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain